Ketagihan Telefon Memang Berlaku - Begitu Juga Dengan Risikonya Terhadap Kesihatan Mental
Oleh Alice G Walton
Pasti ramai di antara kita yang tertanya-tanya adakah kita ketagih dengan teknologi, kerana menurut Google Trends, pencarian dalam talian untuk "ketagihan telefon" terus meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini, manakala pencarian untuk "ketagihan media sosial" mengekori rapat di belakang. Menariknya, ketagihan telefon berkait rapat dengan ketagihan media sosial, terutamanya dalam kalangan remaja, yang mungkin tidak menggunakan telefon untuk bermain catur ataupun berbual, sebaliknya sibuk melayari media sosial. Semakin banyak kajian yang telah dibuat mendapati, kegiatan masa lapang ini boleh menyebabkan ketagihan. Lebih membimbangkan apabila ketagihan ini dikaitkan dengan beberapa risiko kesihatan mental yang serius.
Bulan lalu, Sloan Management Review oleh MIT telah menerbitkan satu uji kaji yang menarik, di mana profesor di dua buah kolej perniagaan di Itali dan Perancis telah mewajibkan pelajar-pelajar dalam kursus kendalian mereka untuk menyerahkan telefon pintar selama sehari. Setelah menetapkan hari untuk menyerahkannya, kebanyakan mereka telah mengalami sedikit rasa bimbang. Mereka tidak tahu apa yang hendak dibuat pada masa lapang, daripada waktu sarapan pagi sehinggalah ketika menaiki pengangkutan awam. Kajian ini turut melihat kepada kekerapan seseorang itu memeriksa telefonnya, sehingga ada yang memberitahu terdapat rakan mereka yang memeriksa telefonnya sebanyak 4 kali dalam tempoh 10 minit. Barangkali, itulah kebiasaan mereka setiap hari.
Kajian serupa yang dibuat di Amerika sebelum ini telah mendapati remaja yang terlibat mencatatkan keputusan yang buruk di dalam ujian mental di samping mengalami gejala-gejala fisiologi seperti degupan jantung dan tekanan darah mereka meningkat. Mereka juga turut mengalami rasa kekurangan atau kehilangan (telefon mereka).
Namun realitinya penggunaan telefon, terutamanya yang kerap khususnya oleh para remaja, bukanlah sesuatu yang boleh di pandang ringan. Satu kajian yang dibuat pada bulan lepas telah melihat kepada peningkatan kes kemurungan dan bunuh diri yang melibatkan remaja untuk beberapa tahun kebelakangan ini. CDC mencatatkan kenaikan bagi kedua-dua kes tersebut daripada tahun 2010 ke 2015, dan mendapati bahawa remaja perempuan lebih berisiko. Kadar bunuh diri di kalangan remaja perempuan telah meningkat sebanyak 65% dan bilangan mereka yang mengalami kemurungan teruk turut naik sebanyak 58%.
Para penyelidik juga ingin melihat apakah yang menyebabkan perkembangan yang membimbangkan ini. Walaupun ini hanyalah satu korelasi, pasukan pengkaji mendapati terdapat hubung kait yang kuat antara masalah kesihatan mental dengan peningkatan di dalam "aktiviti skrin media baharu." Kira-kira 48% daripada mereka yang menggunakan telefon selama lima jam atau lebih sehari (tempoh yang memang lama), pernah berfikir atau merancang untuk membunuh diri, berbanding dengan hanya 28% sahaja daripada mereka yang menggunakannya selama satu jam sehari. Tiada lagi faktor lain seperti isu-isu kewangan isi rumah, kerja rumah, mahupun tekanan di sekolah yang boleh kira sebagai penyumbang kepada peningkatan dalam masalah kesihatan mental yang berlaku dalam tempoh tersebut.
"Walaupun kita tidak boleh mengatakan dengan pasti yang peningkatan masalah kesihatan mental adalah berpunca daripada peningkatan dalam penggunaan telefon, tetapi ini merupakan perubahan terbesar di dalam kehidupan remaja antara antara tahun 2010 dan 2015," kata Jean Twenge, seorang pengkaji dan penulis, dalam satu kenyataan. Beliau adalah pengarang kepada buku iGen: Why Today’s Super-Connected Kids Are Growing Up Less Rebellious, More Tolerant, Less Happy--and Completely Unprepared for Adulthood--and What That Means for the Rest of Us, dan telah mengikuti pola ini selama beberapa tahun.
Menariknya, remaja-remaja yang menghabiskan lebih banyak masa dengan bersukan, menyiapkan kerja rumah, bersosial dengan teman-teman dalam kehidupan sebenar, dan mengunjungi tempat ibadat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami kemurungan dan membunuh diri.
Masalah yang berlaku hari ini adalah para remaja menghabiskan terlalu banyak masa dengan telefon, tetapi bukannya untuk berbual seperti yang biasa dilakukan dahulu, sebaliknya mereka sibuk dengan Instagram dan snapchat. Aktiviti masa lapang ini sangat merbahaya kerana mereka sebenarnya hanya "berlakon"sahaja, sedangkan mereka terlalu jauh daripada melakukan interaksi sosial yang sebenar. Malahan, perbandingan yang dibuat dengan melihat kehidupan orang lain di dalam talian, yang selalunya telah ditokok-tambah (dan tidak benar), dirasakan sebagai sesuatu yang amat menyedihkan tentang media sosial. "Peningkatan dalam masalah kesihatan mental di kalangan para remaja sangat membimbangkan", kata Twenge. "Remaja-remaja ini memberitahu kita yang mereka sedang dalam kepayahan, oleh itu kita perlu memandangnya dengan serius."
Satu kajian lain yang dibentangkan pada bulan lepas di persidangan Radiological Society of North America, telah membincangkan keadaan otak remaja yang diketegorikan sebagai ketagihan telefon pintar atau internet. Kajian tersebut menemui beberapa perbezaan kimia pada litar ganjaran di dalam otak, terutamanya pada nisbah neurotransmitter GABA kepada neurotransmitter yang lain. Menariknya, setelah remaja-remaja tersebut menjalani terapi tingkah laku kognitif (CBT) untuk mengatasi ketagihan, berlaku perubahan kimia di dalam otak, dan ianya lebih kelihatan seperti dikawal tanpa ketagihan.
Beberapa kajian sebelum ini juga melihat kepada aktiviti di dalam litar ketagihan pada otak remaja apabila mereka berinteraksi dengan media sosial. Kajian-kajian tesebut mendapati, sel-sel pada salah satu bahagian yang dipanggil nukleus accumbens, telah diaktifkan apabila peserta melihat gambar-gambar di Instagram yang mempunyai lebih banyak "LIKE".
Akhir sekali, menjadi satu petanda utama yang membimbangkan apabila beberapa pereka yang membangunkan ciri-ciri pada media sosial mula berbicara tentang risiko ketagihan. Misalnya, ciri pemberitahuan yang berwarna merah (bukannya biru), sengaja direka untuk menarik perhatian dan menggalakkan pengguna untuk datang semula. Antara mereka adalah adalah Loren Brichter, pereka yang mencipta mekanisme "pull-to-refresh" untuk aplikasi yang digunakan oleh Twitter. "Telefon pintar adalah alat yang berguna," katanya baru-baru ini kepada The Guardian. "Tetapi ia menyebabkan ketagihan. ‘Pull-to-refresh’ menyebabkan ketagihan. Twitter juga menyebabkan ketagihan. Semua ini tidak bagus. Saya belum cukup matang untuk memikirkan tentang keburukan yang ada sewaktu membangunkannya. Sekarang, saya tidak kata yang saya sudah matang, tetapi saya lebih dewasa, dan saya kesal dengan kesan buruk yang ada. "
Antara masalah yang timbul akibat "menggunakan" media sosial adalah kita berfikiran yang ianya dapat menaikkan semangat, namun hakikatnya tidak, malahan ia membuatkan kita merasa lebih teruk. Disebabkan oleh “jangkaan yang salah” ini kita terus menggunakannya, walaupun ia selalunya mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan mental. Kitaran ini menakutkan kerana ia sama seperti ketagihan-ketagihan lain yang biasa berlaku.
Pastinya menarik untuk diperhatikan bagaimana cara kita berinteraksi dengan telefon berubah dari semasa ke semasa sebagaimana perubahan yang telah berlaku kepada telefon bimbit dan media sosial yang akhir bertukar menjadi suatu kebiasaan. Namun begitu bagi golongan remaja yang membesar dengan kedua-duanya, ia bukan sesuatu yang baharu sebaliknya hanya satu cara hidup. Mungkin kita perlu berusaha lebih gigih agar mereka lebih faham tentang ketagihan telefon dan kesannya terhadap kesihatan mental.

Comments
Post a Comment