ADHD di Kalangan Kanak-Kanak
Mengenal Pasti Tanda Dan Gejala Serta Bantuan Yang Ada
Kanak-kanak memang biasa terlupa untuk menyiapkan kerja sekolah, mengelamun di dalam kelas, bertindak tanpa berfikir atau kelihatan gelisah bila berada di meja makan. Namun daya tumpuan yang lemah, tindakan yang melulu dan tingkah laku yang sangat aktif juga merupakan tanda-tanda "Attention Deficit Hyperactivity Disorder" (ADHD atau ADD). ADHD boleh menimbulkan pelbagai masalah di rumah dan di sekolah, serta menjejaskan keupayaan anak anda untuk belajar dan bergaul dengan orang lain. Sebagai langkah awal untuk menangani masalah ini dan mendapatkan bantuan yang si anak perlukan, anda perlu belajar untuk mengenali tanda-tanda dan gejala-gejala ADHD.
Apakah Itu ADHD Atau ADD?
Kita tahu yang kanak-kanak kadang kala tidak boleh duduk diam, tidak mahu mendengar kata, tidak mengikut arahan walaupun telah diberi dengan jelas, atau memberi komen yang tidak sesuai dengan tempat dan masa. Ada kalanya, mereka ini dilabel sebagai pencetus masalah, atau dianggap pemalas dan tidak berdisiplin. Akan tetapi, mereka mungkin mengalami Kecelaruan Hiperaktiviti Kurang Daya Tumpuan (ADHD), yang dahulunya dikenali sebagai Kecelaruan Kurang Daya Tumpuan atau ADD. ADHD menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengawal reaksi spontan mereka - melibatkan pelbagai tingkah laku daripada pergerakan kepada percakapan kepada daya tumpuan.
Adakah ini kelakuan kanak-kanak yang normal atau ADHD?
Tanda-tanda dan gejala-gejala ADHD biasanya mula kelihatan sebelum seorang kanak-kanak itu mencecah usia tujuh tahun. Walaupun begitu, agak sukar untuk membezakan di antara "kelakuan kanak-kanak" yang normal dengan ADHD.
Jika anda mengesan beberapa tanda atau gejala yang hanya kelihatan dalam keadaan tertentu, barangkali itu bukan ADHD. Sebaliknya, jika anak anda itu ada menunjukkan beberapa tanda-tanda ADHD dalam semua keadaan - di rumah, di sekolah, dan semasa bermain - sudah tiba masanya untuk anda memberi perhatian yang lebih serius.
Setelah memahami kepayahan yang dilaluinya, seperti lupa atau susah untuk memberi tumpuan di sekolah, anda boleh bersama dengannya untuk mencari penyelesaian kreatif dan memanfaatkan kelebihan yang ada.
Mitos & Fakta Tentang Kecelaruan Kurang Daya Tumpuan
Mitos: Semua kanak-kanak dengan ADHD adalah berkelakuan hiperaktif.
Fakta: Terdapat kanak-kanak dengan ADHD yang berkelakuan hiperaktif, namun ramai lagi yang tidak begitu. Kanak-kanak dengan ADHD yang kekurangan daya tumpuan tetapi berkelakuan tidak terlalu aktif, mungkin akan kelihatan lemah dan kurang bersemangat.
Mitos: Kanak-kanak dengan ADHD tidak akan mampu memberi tumpuan.
Fakta: Kanak-kanak dengan ADHD selalunya mampu untuk memberi tumpuan terhadap aktiviti yang mereka suka. Tetapi mereka susah untuk mengekalkan tumpuan apabila tugasan itu membosankan atau dilakukan berulang kali, walaupun setelah mereka berusaha bersungguh-sungguh.
Mitos: Sekiranya mereka mahu, kanak-kanak dengan ADHD mampu berkelakuan lebih baik.
Fakta: Kanak-kanak dengan ADHD mungkin boleh melakukan yang terbaik untuk berkelakuan baik, tetapi mereka masih sukar untuk duduk diam, senyap, atau memberi tumpuan. Mereka mungkin nampak macam keras kepala, tetapi itu tidak bermakna yang mereka sengaja melakukannya.
Mitos: Kanak-kanak akan dapat mengatasi tanda-tanda dan gejala-gejala ADHD apabila mereka meningkat dewasa.
Fakta: ADHD selalunya kekal dalam diri kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa, oleh itu jangan tunggu sehingga anak anda dewasa untuk mengatasi masalah ini. Rawatan dapat membantu anak anda belajar untuk mengurus dan mengurangkan gejala-gejala yang ada.
Mitos: Penggunaan ubat adalah pilihan rawatan yang terbaik untuk ADHD.
Fakta: Preskripsi ubat sering diberikan untuk merawat ADHD, tetapi ia mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk anak anda. Antara rawatan yang berkesan untuk ADHD termasuklah pendidikan, terapi tingkah laku, sokongan di rumah dan di sekolah, aktiviti riadah, dan amalan pemakanan yang betul.
Ciri-Ciri Utama ADHD
Apabila orang ramai berfikir tentang ADHD, gambaran yang sering terlintas dalam fikiran mereka adalah seorang kanak-kanak yang sentiasa bergerak tanpa kawalan, melompat ke sana ke mari dan mengganggu orang lain di sekelilingnya. Namun, ini mungkin bukanlah satu-satunya gambaran yang ada.
Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD berkelakuan hiperaktif, sementara yang lain mampu untuk duduk diam - dengan perhatian mereka melayang jauh. Ada di antara mereka yang terlalu memberikan tumpuan kepada sesuatu tugasan dan mempunyai masalah yang beralih kepada tugasan yang lain. Yang lain pula mengalami masalah kurang daya tumpuan yang sederhana, tetapi terlalu bersifat impulsif.
Tiga ciri-ciri utama ADHD
Tiga ciri-ciri utama ADHD adalah kurang daya tumpuan, perlakuan hiperaktif, dan sifat impulsif. Ciri yang paling dominan di antara yang disebut tadi, akan menentukan tanda-tanda dan gejala-gejala yang ada pada seorang kanak-kanak dengan ADHD.
Siapa di antara kanak-kanak ini mungkin mempunyai ADHD?
A. Seorang kanak-kanak berkelakuan hiperaktif yang bercakap tanpa berhenti dan tidak boleh duduk diam.
B. Seorang kanak-kanak yang pendiam yang duduk mengelamun di mejanya sambil termenung.
C. Kedua-duanya sekali - A dan B
Jawapan yang betul: C
Kanak-kanak dengan ADHD mungkin mengalami
- Kurang daya tumpuan, tetapi tidak berkelakuan hiperaktif ataupun bersifat impulsif
- Berkelakuan hiperaktif dan bersifat impulsif , tetapi mampu memberi tumpuan.
- Kurang daya tumpuan, berkelakuan hiperaktif, dan bersifat impulsif (keadaan ADHD yang lazim).
Kita sering terlepas pandang kepada kanak-kanak dengan ADHD yang kekurangan daya tumpuan, kerana sifat mereka yang tidak mengganggu. Namun begitu, kekurangan ini ada akibatnya: terlibat dalam masalah dengan ibubapa dan guru kerana gagal untuk mengikut arahan; kurang menyerlah di sekolah; atau bergaduh dengan kawan-kawan kerana tidak bermain mengikut peraturan.
Membantu Kanak-Kanak Dengan ADHD
Sama ada gejala-gejala yang ada pada anak anda seperti kurang daya tumpuan, kelakuan hiperaktif dan sifat impulsif , disebabkan oleh ADHD atau tidak, ia boleh menimbulkan banyak masalah jika dibiarkan tanpa rawatan. Kanak-kanak yang tidak mampu untuk fokus dan mengawal diri mungkin akan menghadapi kesukaran di sekolah, kerap terlibat dengan masalah dan sukar untuk bergaul dengan orang lain. Kekecewaan dan kesukaran yang dialami boleh membawa kepada rasa rendah diri, serta pergeseran dan tekanan kepada seisi keluarga.
Namun, rawatan yang ada mampu memberi perubahan yang dramatik kepada gejala-gejala yang dialami oleh anak anda. Dengan sokongan yang betul, anak anda boleh berada di landasan yang betul untuk mencapai kejayaan dalam semua ruang kehidupan.
Segera dapatkan bantuan untuk anak anda.
Jika anak anda mengalami gejala-gejala yang kelihatan seperti ADHD, bersegeralah untuk mendapatkan bantuan profesional. Gejala-gejala kurang daya tumpuan, kelakuan hiperaktif dan sifat impulsif yang ada pada anak anda boleh dirawat tanpa perlu menjalani diagnosis ADHD.
Sebagai permulaan, antara pilihan yang ada termasuklah mendapatkan rawatan terapi, memulakan amalan pemakanan dan senaman yang lebih baik dan mengubahsuai persekitaran rumah untuk meminimumkan gangguan.
Sekiranya anda ada menerima diagnosis ADHD, anda boleh bekerjasama dengan doktor, ahli terapi dan pihak sekolah untuk merancang pelan rawatan peribadi yang memenuhi keperluannya secara khusus. Rawatan yang berkesan untuk kanak-kanak dengan ADHD melibatkan terapi tingkah laku, pendidikan dan latihan untuk ibubapa serta sokongan sosial dan bantuan di sekolah. Ubat-ubatan juga boleh digunakan, tetapi ianya tidak boleh menjadi satu-satunya kaedah rawatan yang diamalkan.
Panduan keibubapaan untuk kanak-kanak dengan ADHD
Sekiranya anak anda berkelakuan hiperaktif, kekurangan daya tumpuan atau bersifat impulsif, mungkin anda perlu berusaha lebih untuk memastikan dia mendengar, menyiapkan suatu tugasan atau duduk diam. Pemantauan yang berterusan boleh mengecewakan dan memenatkan. Kadang-kadang anda mungkin merasa seperti dikawal oleh tingkah laku anak. Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membolehkan anda kembali mengawal keadaan, dan pada masa yang sama membantu si anak memanfaatkan sepenuhnya kebolehan beliau.
Walaupun kecelaruan kurang daya tumpuan ini tidak disebabkan oleh amalan keibubapaan yang salah, terdapat strategi keibubapaan yang efektif dan mampu memberikan hasil yang baik bagi memperbaiki tingkah laku yang bermasalah itu.
Kanak-kanak dengan ADHD memerlukan komunikasi yang berstruktur, konsisten dan jelas, serta pemberian ganjaran dan perlaksanaan hukuman terhadap kelakuan mereka. Mereka juga memerlukan banyak kasih sayang, sokongan dan galakan.
Ada banyak perkara yang boleh ibubapa lakukan untuk mengurangkan tanda-tanda ADHD tanpa mengorbankan tenaga semulajadi, sifat ceria, dan rasa ingin tahu yang unik yang ada dalam diri setiap kanak-kanak.
Jaga diri sendiri supaya anda anda lebih kuat untuk menjaga anak anda. Amalkan pemakanan yang betul, lakukan senaman, dapatkan tidur yang cukup, berusaha untuk mengurangkan stres dan dapatkan sokongan terus daripada ahli keluarga dan rakan-rakan serta doktor dan guru-guru anak anda.
Rancang aktiviti dan lakukannya. Bantu anak anda sentiasa fokus dan teratur dengan mengikuti rutin harian yang disediakan, permudahkan jadualnya, dan pastikan dia sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang sihat.
Tetapkan sasaran yang jelas. Jadikan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku sesuatu yang mudah dan terangkan apa yang akan berlaku apabila mereka mematuhi atau melanggarnya — dan pastikan setiap ganjaran atau hukuman dilaksanakan.
Galakkan mereka bersenam dan tidur. Aktiviti fizikal meningkatkan daya tumpuan dan menggalakkan pertumbuhan otak. Senaman penting untuk kanak-kanak dengan ADHD kerana ia boleh membantu mereka mendapatkan tidur yang lebih baik, seterusnya membantu untuk mengurangkan gejala-gejala ADHD.
Bantu mereka makan dengan betul. Untuk mengurus gejala-gejala ADHD, sediakan jadual pemakanan sihat yang kerap atau berikan snek setiap tiga jam dan kurangkan pengambilan makanan ringan dan yang bergula.
Ajar anak anda berkawan. Bantu dia untuk menjadi seorang pendengar yang baik, belajar untuk membaca ekspresi muka dan gerak tubuh seseorang, dan berinteraksi dengan lebih lancar dengan orang lain.
Panduan persekolahan untuk kanak-kanak dengan ADHD
Jelas sekali yang ADHD berkait rapat dengan pembelajaran. Anda tidak boleh menyerap maklumat atau menyiapkan tugasan jika asyik mundar mandir di dalam kelas atau terganggu ketika membaca atau mendengar.
Fikirkan apa yang kanak-kanak perlu lakukan ketika di sekolah. Duduk diam. Mendengar dengan senyap. Memberi perhatian. Mengikut arahan. Memberi tumpuan. Ini adalah perkara-perkara yang sangat sukar untuk kanak-kanak dengan ADHD lakukan — bukan kerana mereka enggan, tetapi kerana minda yang menghalang.
Namun itu tidak bermakna yang kanak-kanak dengan ADHD tidak boleh mencapai kejayaan di sekolah. Terdapat banyak perkara yang ibu bapa dan guru-guru boleh lakukan untuk membantu mereka untuk maju di dalam kelas. Ia bermula dengan menilai setiap kekuatan dan kelemahan yang ada pada setiap kanak-kanak, kemudian merangka strategi yang kreatif untuk membantu kanak-kanak ini untuk fokus, menyudahkan tugasan, dan belajar bersungguh-sungguh.

Mengesan ADHD pada usia yang berbeza
Oleh kerana kita memang menjangkakan yang kanak-kanak kecil akan berkelakuan hiperaktif dan sering mengganggu, maka tingkah laku yang bersifat impulsif, seperti gemar memanjat dan mengeluarkan perkataan yang kurang sopan, akan lebih jelas kelihatan pada diri kanak-kanak pra-sekolah dengan ADHD.
Apabila menjangkau usia 4 atau 5 tahun, kebanyakkan kanak-kanak sudah belajar untuk memberi tumpuan kepada orang lain, duduk diam apabila disuruh, dan tidak bercakap sesuka hati. Jadi apabila mereka memasuki alam persekolahan, mereka yang dengan ADHD sudah pun mula memerlihatkan ketiga-tiga tingkah laku tersebut dengan lebih jelas: kurang daya tumpuan, perlakuan hiperaktiviti dan sifat impulsif.
Tanda Dan Gejala Kurang Daya Tumpuan Bagi ADHD
Kurangnya daya tumpuan tidak bermakna yang kanak-kanak dengan ADHD tidak akan dapat langsung memberikan tumpuan: apabila mereka melakukan perkara-perkara yang mereka suka atau mendengar topik yang mereka minat, mereka tidak mempunyai sebarang masalah dalam memberi tumpuan dan menyudahkannya. Namun apabila tugasan itu dilakukan berulang-ulang atau membosankan, daya tumpuan mereka akan mula merosot.
Kesukaran untuk meneruskan sesuatu tugasan juga merupakan masalah yang sering dihadapi. Kanak-kanak dengan ADHD selalunya beralih daripada satu tugas kepada tugas yang lain tanpa menyudahkannya, atau berkerja tanpa mengikut prosedur. Adalah lebih sukar untuk menguruskan kerja sekolah dan masa mereka berbanding dengan kebanyakan kanak-kanak yang lain.
Kanak-kanak dengan ADHD juga mempunyai masalah untuk memberi tumpuan jika berlaku sesuatu di sekeliling mereka; mereka biasanya memerlukan persekitaran yang tenang untuk terus fokus.
Gejala-gejala kurang daya tumpuan di kalangan kanak-kanak
1. Mempunyai masalah untuk kekal fokus; mudah terganggu atau merasa bosan dengan suatu tugasan sebelum ianya selesai
2. Nampak seperti tidak mendengar apabila ada orang bercakap dengannya
3. Mudah lupa dan sukar untuk mematuhi arahan; tidak memberi perhatian sepenuhnya dan seringkali cuai
4. Mempunyai masalah untuk terus mengatur, merancang dan menyiapkan sesuatu projek
5. Selalu kehilangan atau tersalah letak kerja rumah, buku, mainan atau barang-barang lain.
Tanda Dan Gejala Perlakuan Hiperaktif bagi ADHD
Perlakuan hiperaktif adalah tanda ADHD yang paling nyata. Walaupun secara semulajadi, kebanyakkan kanak-kanak berkelakuan agak aktif, kanak-kanak dengan ADHD yang berkelakuan hiperaktif sentiasa bergerak.
Mereka mungkin cuba melakukan beberapa perkara dalam satu masa, berpindah dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang seterusnya. Apabila disuruh untuk duduk, walaupun ianya sukar, mereka akan bermain dengn kaki dan jari jemari mereka.
Gejala-gejala perlakuan hiperaktif di kalangan kanak-kanak
1. Sentiasa merasa gelisah dan menggeliat.
2. Sukar untuk duduk diam, bermain dengan senyap atau bertenang
3. Sentiasa bergerak, sering berjalan atau memanjat tanpa mengira masa, tempat atau keadaan
4. Terlalu banyak bercakap
5. Mungkin akan cepat marah atau melenting
Tanda Dan Gejala Sifat Impulsif Bagi ADHD
Sifat impulsif pada kanak-kanak ADHD boleh menyebabkan mereka sukar untuk mengawal diri. Oleh kerana mereka tidak berupaya mengawal diri seperti kanak-kanak lain, mereka akan menyampuk, mengganggu ruang orang lain, mengajukan soalan yang tidak relevan di dalam kelas, membuat pemerhatian yang kurang bijak dan bertanyakan soalan yang terlalu bersifat peribadi.
Tidak seperti kanak-kanak lain, mereka sukar untuk mamatuhi arahan seperti “sabar” dan “tunggu sekejap”.
Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan gejala-gejala sifat impulsif juga cenderung untuk menjadi muram dan bertindak keterlaluan mengikut emosi. Akibatnya, orang lain akan menganggap kanak-kanak tadi sebagai seorang yang kurang ajar, pelik atau terlalu manja.
Tanda-tanda sifat impulsif di kalangan kanak-kanak:
1. Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu
2. Gemar meneka daripada mengambil masa bagi memikirkan jalan penyelesaian sesuatu masalah atau memberikan jawapan dalam kelas tanpa disuruh mahupun mendengar keseluruhan soalan
3. Mengganggu perbualan atau permainan orang lain
4. Sering menyampuk; berkata perkara yang salah pada masa yang salah
5. Tidak berupaya untuk mengawal rasa marah lalu naik angin
Adakah Ini Benar-Benar ADHD?
Hanya kerana seorang kanak-kanak itu memiliki gejala -gejala kurang daya tumpuan, bertindak secara impulsif ataupun berkelakuan hiperaktif, tidak bermakna yang dia mempunyai ADHD. Terdapat juga keadaan di mana masalah kesihatan, gangguan psikologi dan tekanan hidup yang menyebabkan timbulnya gejala-gejala yang menyerupai ADHD.
Sebelum diagnosis ADHD yang tepat boleh dibuat, anda perlu menemui pakar kesihatan mental professional untuk mengenal pasti dan menolak kemungkinan-kemungkinan yang berikut:
Masalah pembelajaran atau kesukaran dalam membaca, menulis, menguasai kemahiran motor atau bahasa.
Peristiwa penting dalam hidup atau pengalaman yang traumatik (misalnya perpindahan, kematian orang yang tersayang, kejadian buli, perceraian).
Gangguan psikologi termasuk kebimbangan, kemurungan dan kecelaruan bipolar.
Kecelaruan tingkah laku seperti "conduct disorder" dan "oppositional defiant disorder".
Masalah kesihatan termasuklah tiroid, keadaan saraf, sawan dan kecelaruan tidur.
Kesan Positif ADHD Terhadap Kanak-Kanak
Di sebalik cabaran-cabaran yang ada, terdapat juga sifat-sifat positif yang dikaitkan dengan mereka yang mengalami ADHD:
Berdaya Kreatif – Kanak-kanak dengan ADHD mungkin mempunyai daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Kanak-kanak yang gemar mengelamun dan mempunyai puluhan idea dalam mindanya berupaya untuk menjadi pakar dalam menyelesaikan masalah, pencetus idea baharu ataupun pelukis yang berdaya cipta. Kanak-kanak dengan ADHD mungkin mudah terganggu, tetapi kadangkala mereka mampu untuk melihat apa yang tidak mampu dilihat oleh orang lain.
Fleksibiliti – Oleh kerana kanak-kanak dengan ADHD mampu untuk menilai banyak pilihan dalam satu-satu masa, mereka tidak terikat dengan pandangan tertentu sahaja dan lebih terbuka kepada idea-idea yang berbeza.
Bersemangat dan spontan – Kanak-kanak dengan ADHD jarang sekali membosankan! Mereka berminat dalam banyak perkara yang berbeza dan mempunyai personaliti yang menceriakan. Ringkasnya, jika mereka tidak membuat anda marah (walaupun ada masanya ini tidak berlaku), meluangkan masa bersama mereka adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Tenaga dan usaha – Apabila kanak-kanak dengan ADHD bermotivasi, mereka akan bekerja atau bermain dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Sebenarnya memang sukar untuk mengalihkan perhatian mereka daripada tugasan yang mereka gemari, terutama jika aktiviti itu bersifat interaktif ataupun melibatkan mereka.
Perlu juga diingat, bahawa ADHD tidak ada kaitan dengan kecerdasan atau bakat seseorang. Terdapat ramai kanak-kanak dengan ADHD yang memiliki bakat intelektual dan artistik.
Membantu Kanak-Kanak Dengan ADHD
Sama ada gejala-gejala yang ada pada anak anda seperti kurang daya tumpuan, kelakuan hiperaktif dan sifat impulsif , disebabkan oleh ADHD atau tidak, ia boleh menimbulkan banyak masalah jika dibiarkan tanpa rawatan. Kanak-kanak yang tidak mampu untuk fokus dan mengawal diri mungkin akan menghadapi kesukaran di sekolah, kerap terlibat dengan masalah dan sukar untuk bergaul dengan orang lain. Kekecewaan dan kesukaran yang dialami boleh membawa kepada rasa rendah diri, serta pergeseran dan tekanan kepada seisi keluarga.
Namun, rawatan yang ada mampu memberi perubahan yang dramatik kepada gejala-gejala yang dialami oleh anak anda. Dengan sokongan yang betul, anak anda boleh berada di landasan yang betul untuk mencapai kejayaan dalam semua ruang kehidupan.
Segera dapatkan bantuan untuk anak anda.
Jika anak anda mengalami gejala-gejala yang kelihatan seperti ADHD, bersegeralah untuk mendapatkan bantuan profesional. Gejala-gejala kurang daya tumpuan, kelakuan hiperaktif dan sifat impulsif yang ada pada anak anda boleh dirawat tanpa perlu menjalani diagnosis ADHD.
Sebagai permulaan, antara pilihan yang ada termasuklah mendapatkan rawatan terapi, memulakan amalan pemakanan dan senaman yang lebih baik dan mengubahsuai persekitaran rumah untuk meminimumkan gangguan.
Sekiranya anda ada menerima diagnosis ADHD, anda boleh bekerjasama dengan doktor, ahli terapi dan pihak sekolah untuk merancang pelan rawatan peribadi yang memenuhi keperluannya secara khusus. Rawatan yang berkesan untuk kanak-kanak dengan ADHD melibatkan terapi tingkah laku, pendidikan dan latihan untuk ibubapa serta sokongan sosial dan bantuan di sekolah. Ubat-ubatan juga boleh digunakan, tetapi ianya tidak boleh menjadi satu-satunya kaedah rawatan yang diamalkan.
Sekiranya anak anda berkelakuan hiperaktif, kekurangan daya tumpuan atau bersifat impulsif, mungkin anda perlu berusaha lebih untuk memastikan dia mendengar, menyiapkan suatu tugasan atau duduk diam. Pemantauan yang berterusan boleh mengecewakan dan memenatkan. Kadang-kadang anda mungkin merasa seperti dikawal oleh tingkah laku anak. Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membolehkan anda kembali mengawal keadaan, dan pada masa yang sama membantu si anak memanfaatkan sepenuhnya kebolehan beliau.
Walaupun kecelaruan kurang daya tumpuan ini tidak disebabkan oleh amalan keibubapaan yang salah, terdapat strategi keibubapaan yang efektif dan mampu memberikan hasil yang baik bagi memperbaiki tingkah laku yang bermasalah itu.
Kanak-kanak dengan ADHD memerlukan komunikasi yang berstruktur, konsisten dan jelas, serta pemberian ganjaran dan perlaksanaan hukuman terhadap kelakuan mereka. Mereka juga memerlukan banyak kasih sayang, sokongan dan galakan.
Ada banyak perkara yang boleh ibubapa lakukan untuk mengurangkan tanda-tanda ADHD tanpa mengorbankan tenaga semulajadi, sifat ceria, dan rasa ingin tahu yang unik yang ada dalam diri setiap kanak-kanak.
Jaga diri sendiri supaya anda anda lebih kuat untuk menjaga anak anda. Amalkan pemakanan yang betul, lakukan senaman, dapatkan tidur yang cukup, berusaha untuk mengurangkan stres dan dapatkan sokongan terus daripada ahli keluarga dan rakan-rakan serta doktor dan guru-guru anak anda.
Rancang aktiviti dan lakukannya. Bantu anak anda sentiasa fokus dan teratur dengan mengikuti rutin harian yang disediakan, permudahkan jadualnya, dan pastikan dia sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang sihat.
Tetapkan sasaran yang jelas. Jadikan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku sesuatu yang mudah dan terangkan apa yang akan berlaku apabila mereka mematuhi atau melanggarnya — dan pastikan setiap ganjaran atau hukuman dilaksanakan.
Galakkan mereka bersenam dan tidur. Aktiviti fizikal meningkatkan daya tumpuan dan menggalakkan pertumbuhan otak. Senaman penting untuk kanak-kanak dengan ADHD kerana ia boleh membantu mereka mendapatkan tidur yang lebih baik, seterusnya membantu untuk mengurangkan gejala-gejala ADHD.
Bantu mereka makan dengan betul. Untuk mengurus gejala-gejala ADHD, sediakan jadual pemakanan sihat yang kerap atau berikan snek setiap tiga jam dan kurangkan pengambilan makanan ringan dan yang bergula.
Ajar anak anda berkawan. Bantu dia untuk menjadi seorang pendengar yang baik, belajar untuk membaca ekspresi muka dan gerak tubuh seseorang, dan berinteraksi dengan lebih lancar dengan orang lain.
Panduan persekolahan untuk kanak-kanak dengan ADHD
Jelas sekali yang ADHD berkait rapat dengan pembelajaran. Anda tidak boleh menyerap maklumat atau menyiapkan tugasan jika asyik mundar mandir di dalam kelas atau terganggu ketika membaca atau mendengar.
Fikirkan apa yang kanak-kanak perlu lakukan ketika di sekolah. Duduk diam. Mendengar dengan senyap. Memberi perhatian. Mengikut arahan. Memberi tumpuan. Ini adalah perkara-perkara yang sangat sukar untuk kanak-kanak dengan ADHD lakukan — bukan kerana mereka enggan, tetapi kerana minda yang menghalang.
Namun itu tidak bermakna yang kanak-kanak dengan ADHD tidak boleh mencapai kejayaan di sekolah. Terdapat banyak perkara yang ibu bapa dan guru-guru boleh lakukan untuk membantu mereka untuk maju di dalam kelas. Ia bermula dengan menilai setiap kekuatan dan kelemahan yang ada pada setiap kanak-kanak, kemudian merangka strategi yang kreatif untuk membantu kanak-kanak ini untuk fokus, menyudahkan tugasan, dan belajar bersungguh-sungguh.
Teks asal/original text:
https://drive.google.com/file/d/11wYO0d2Ufpzc9oU-HS0ojRmA0Z4bnfCz/view?usp=sharing

Comments
Post a Comment