Memahami Egosentrisme Di Kalangan Kanak-Kanak
Pada tahap kedua perkembangan, antara usia 2 ke 7 tahun, kanak-kanak mula mempamerkan tanda-tanda tingkah laku yang bersifat egosentrik. Mereka mempunyai perspektif sendiri terhadap apa yang dilihat dan beroleh pemahaman yang berbeza untuk setiap situasi yang berbeza. Namun, kanak-kanak sukar untuk memahami adanya perbezaan pendapat antara individu. Jika seorang kanak-kanak itu meyakini sesuatu, lalu dia menganggap orang lain juga harus mempunyai keyakinan yang sama, maka pemikiran seperti ini dipanggil egosentrik.
Apakah Itu Egosentrisme?
Egosentrisme wujud apabila seseorang itu hanya memikirkan tentang dirinya dan mengutamakan kehendak, keinginan dan pandangannya sahaja. Tingkah laku ini yang selalunya ada pada kanak-kanak juga dapat dilihat dalam diri orang dewasa. Kanak-kanak egosentrik cenderung untuk mementingkan diri dan hanya memenuhi keperluannya sahaja.
Tingkah laku egosentrik pada kanak-kanak mula kelihatan sekitar umur 2 ke 7 tahun, dan akan beransur lenyap apabila usia mereka meningkat. Akan tetapi, egosentrisme mempunyai kesan terhadap pemikiran mereka. Individu egosentrik selalunya sukar untuk menerima dan memahami pandangan serta pendapat orang lain.
Bagi kanak-kanak egosentrik, tutur katanya sering didominasi oleh ungkapan-ungkapan yang membawa erti seperti “tidak”, “bukan”, “saya”, dan “saya punya”. Pada kanak-kanak, egosentrisme adalah proses untuk dia mengenali diri melalui kasih sayang orang terhadapnya – dengan menjadikan dirinya perhatian atau tumpuan. Apabila seseorang kanak-kanak itu sukakan strawberi lebih daripada oren, maka dia merasakan yang orang lain juga menyukai strawberi lebih daripada buah-buahan lain. Baginya juga, menyukai selain daripada strawberi adalah sesuatu pendapat yang tidak munasabah dan salah.
Contoh-Contoh Egosentrisme di Kalangan Kanak-Kanak
Sebenarnya, tingkah laku egosentrik dalam diri seorang kanak-kanak adalah sesuatu yang semulajadi. Lama-kelamaan, dia akan dapat untuk memahami pandangan dan pendapat orang lain. Di sini terdapat beberapa contoh biasa tingkah laku egosentrik dalam diri kanak-kanak. Anda mungkin pernah bermain sorok-sorok bersama anak anda, atau semasa anda kecil dahuklu. Sekiranya si anak itu bersembunyi di sebalik selimut dan menyangka dia telah berjaya menghilangkan dirinya daripada anda kerana anda tidak dapat melihatnya, maka ini adalah salah satu contoh tingkah laku egosentrik. Dalam situasi ini, si kecil ini tidak faham yang anda masih boleh melihatnya walaupun dia bersembunyi. Egosentrisme akan menjadi masalah apabila ia menguasai tindakan penting seorang kanak-kanak.
Kanak-kanak egosentrik akan mempunyai sikap suka mengarah dan kedekut. Sukar untuk berkongsi juga merupakan antara tingkah laku egosentrik. Mereka sering berselisih pendapat dengan orang lain. Anda mungkin akan dapati anak anda menolak kanak-kanak lain untuk berada di hadapan. Dia juga mungkin meminta makanan yang lain daripada apa yang diberikan dan juga merampas permainan yang ada dalam tangan kanak-kanak lain. Ada juga yang mempamerkan tingkah laku egosentrisme mereka dengan lantang sehingga menganggu ketenteraman awam.
Bagaimana Untuk Menangani Kanak-Kanak Egosentrik?
Dengan kesabaran, ketenangan dan konsistensi, sifat egosentrik di kalangan anak kecil boleh dan mesti diurus dengan baik. Walaupun masih di peringkat awal, ianya tidak boleh dipandang ringan. Sebagai ibubapa, anda mesti memastikan semua permintaannya yang rasional dipenuhi manakala yang tidak rasional ditolak. Jangan biarkan sikapnya yang suka mengarah itu berterusan. Berbual dan berkongsi perasaan anda dengan anak-anak dan mendengar pendapat mereka dapat membantu dalam menangani tingkah laku egosentrik. Manusia tidak perlu untuk belajar menyayangi, ia datang dengan sendiri. Ibubapa mesti berusaha agar kebolehan semulajadi untuk menyayangi tidak terhalang dalam diri seorang kanak-kanak itu, dan perasaannya kepada orang lain dapat diluahkan dengan betul.
Terdapat beberapa langkah yang boleh membantu, antaranya:
Letakkan Garis Pemisah: Ini mungkin sukar, namun ibubapa tidak boleh lari daripada melakukannya. Mengalah apabila si anak mengamuk bukannya satu tindakan yang wajar, dan anda harus bertegas untuk berkata “tidak” bagi semua tingkah laku yang salah ataupun tidak kena tempat.
Galakkan Dia Membuat Keputusan: Berikan anak-anak peluang untuk turut serta dalam perbincangan dan mintalah pandangan mereka dalam perkara yang berkaitan dengan diri dan persekitaran mereka.
Biarkan Dia Berkawan dan Bermain: Biarkan anak-anak anda bergaul dan berkawan dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak akan lebih mudah untuk menghilangkan egosentrisme yang ada pada diri apabila mereka melihat rakan-rakan mereka mempunyai pandangan yang berbeza, lalu memaksa mereka untuk memahami realiti.
Perhati dan Dengar Kepada ‘Self-Talk’ Mereka: Dengan cara ini anda akan dapat mengetahui cara dia berfikir, dan bersedia dengan langkah-langkah untuk menanganinya.
Galakkan Perbincangan Terbuka: Berikan anak anda peluang untuk belajar, berbincang dan bertukar idea. Anda juga digalakkan untuk berbual mengenai pelbagai perkara secara terbuka dengannya.
Sekiranya anda percaya dan yakin yang egosentrik ini hanya ada dalam diri kanak-kanak, maka anda silap. Hakikatnya, tingkah laku egosentrik di kalangan dewasa dapat dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, anda cekap dalam bidang komputer dan mengetahui teknologi baharu, mungkin anda fikir orang lain juga sama seperti anda. Kemudian datuk anda datang dan meminta anda mengajarnya menggunakan komputer. Namun matanya yang rabun telah menyukarkannya untuk melihat huruf-huruf di papan kekunci. Anda marah dan bosan. Hilang sabar dan marah di dalam situasi seperti ini adalah contoh tingkah laku egosentrik. Individu yang mempunyai tingkah laku egosentrik tidak menyedari yang sikapnya itu akan menyakiti orang lain.
* Diterjemahkan daripada: Understanding Egocentrism in Children (www.beingtheparent.com)
Teks asal/original text:

Comments
Post a Comment