Kisah Doktor Pediatrik Yang Autistik Dengan Kemahiran "Aspie"nya Dalam Memberi Rawatan Yang Lebih Baik
Tulisan asal oleh: Rochelle Flynn, MD, FAAP
Katanya autisme yang dialami membantu dia untuk memahami para pesakitnya yang istimewa dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh pakar lain.
Andainya anda mempunyai anak yang autisme, sudah pasti banyak yang anda telah baca tentang kecelaruan tersebut – daripada artikel-artikel tulisan ibubapa yang membesarkan anak autisme, kepada tulisan pakar-pakar psikologi yang memberikan pandangan profesional, sehinggalah kepada perkongsian pengalaman oleh mereka yang mengalaminya. Anda juga mungkin telah pun membawa anak anda berjumpa pakar pediatrik bagi mendapatkan nasihat tentang penyakit berkaitan kanak-kanak dan saranan yang sesuai untuk anak anda. Di benak fikiran, anda sibuk mencantumkan semua maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber bagi mencari jalan untuk membantu anak anda mencapai potensinya yang sebenar.
Apa pendapat anda, sekiranya pada pertemuan dengan pakar pediatrik kali ini dan anda mendengar pandangan yang berbeza daripada biasa, di mana pakar tersebut menerangkan apa yang anak anda sedang lalui tetapi sebenarnya sukar untuk anak tersebut luahkan? Mungkin anda terfikir, “Bagusnya, dia pun ada anak yang autisme juga”. Bukan – sebenarnya dia ada juga mengalami kecelaruan spektrum autisme. Apa?
Kisah diagnosis saya bermula lebih kurang 3 tahun lalu, apabila saya disahkan mengalami Sindrom Asperger pada 15 Mei 2013 (kemudiannya dinilai semula sebagai “Autisme Spectrum Disorder-Mild” – kecelaruan spektrum autisme tahap sederhana). Pada umur 42 tahun, akhirnya saya menemui jawapan kepada masalah kesukaran menyesuaikan diri dan kegelisahan teruk yang telah bertahun lama saya alami, yang dikaitkan dengan kepayahan saya untuk maju dalam kerjaya.
Semasa saya kanak-kanak, autisme sering dikaitkan dengan situasi yang lebih teruk, iaitu kanak-kanak yang tidak boleh bercakap. Saya pasti, itu bukan saya. Selepas didiagnosis, saya mula menilai seluruh kehidupan ini daripada kaca mata autisme. Semasa di gred dua, saya pernah merayu seorang budak perempuan untuk menjadi kawan saya. Semasa sekolah menengah pula, saya pernah bergurau, namun ianya telah menyebabkan rakan sekelas yang lain berang. Melihatkan reaksi mereka, dada ini terasa sesak seakan ada cengkaman yang kuat, sedangkan saya tidak mengerti di mana silapnya saya.
Sepanjang hidup ini, saya “taksub” untuk menjadi seorang doktor. Untuk itu, ada jalan yang mesti diharungi dan belajar di kolej perubatan adalah langkah terakhir sebelum impian itu menjadi kenyataan. Saya tidak dapat melupakan hari pertama di kolej, bilamana seorang dekan yang prihatin menegur saya kerana saya “kelihatan lebih cemas daripada pelajar-pelajar lain”. Semenjak itu, kolej perubatan menjadi titik mula bagi turun naiknya kegelisahan yang berpanjangan, di mana kesungguhan dan kepandaian saya seringkali tenggelam dek kerana lemahnya kemahiran sosial yang ada pada saya. Dalam perjuangan untuk mencapai impian, gangguan emosi terhadap keyakinan diri yang telah sedia rapuh, meninggalkan kesan dalam yang terlalu sukar untuk diatasi sehingga ke hari ini.
Tamatnya pengajian di kolej perubatan sepatunya menjadi tanda akan tercapainya sebuah impian, namun sebaliknya akibat kesukaran yang dialami untuk menyesuaikan diri dalam kerjaya yang banyak bergantung kepada kemahiran sosial, maka bermulalah suatu perjalanan yang berliku dan setiap hari adalah hari yang sukar. Kerjaya saya bermula dalam bidang rawatan kecemasan kanak-kanak di mana setiap hari berbeza dan saya amat suka merungkai permasalahan yang ada dan mengenal pasti penyakit. Walau bagaimanapun, tekanan di tempat kerja, tragedi kematian kanak-kanak dan jadual kerja yang ketat telah menjadi beban yang semakin bertambah tahun demi tahun. Apabila melihat ada rakan sekerja yang telah menghabiskan seluruh kerjaya mereka di satu tempat, membuatkan saya merasa seolah-olah saya sedang menempah kegagalan, saya segera mengintai bidang kerjaya yang lebih sesuai.
Gaya kerja saya lebih tertumpu kepada memberi maklumat berguna bagi mendidik ibubapa, berbanding dengan menjalankan ujikaji dan memberi preskripsi yang tidak diperlukan. Namun begitu, ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ramai ibubapa. Banyak aduan diterima kerana saya “tidak memenuhi harapan mereka” (contohnya mereka mahukan antibiotik untuk melawan penyakit, dsb.). Selalunya aduan diterima hanya selepas sekian lama pesakit meninggalkan hospital. Saya yang pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa, akhirnya dipanggil oleh penyelia. Tidak kisahlah, jika dinilai dari sudut perubatan, tindakan saya itu betul atau tidak kerana yang lebih penting adalah rasa tidak puas hati ibubapa. Kejadian seperti ini kerap berulang; nasihat yang diberi mencetuskan aduan daripada pihak ibubapa dan akhirnya mengundang kritikan yang keras daripada penyelia. Saya amat terkesan dengan hal ini, rasa sesak yang mencengkam dada semakin kerap dirasai, bah kian mudah walaupun sekadar memikirkan tentang kerja. Tidak hairanlah ramai dikalangan mereka dengan spektrun autisme mengalami PTSD selepas bertahun-tahun berhadapan dengan kegelisahan yang datang secara tiba-tiba dan kesannya terhadap emosi seseorang.
Bertukar kerjaya ke pediatrik am, di mana saya bertugas sekarang, adalah usaha saya untuk mencari keluarga pesakit yang menghargai gaya kerja saya. Akan tetapi, timbul pula punca tekanan baharu yang datang daripada pergelutan seharian dalam mematuhi polisi dan politik tempat kerja, mudah untuk orang lain memahaminya tetapi sukar bagi saya menghadamnya.
Dalam pada saya mula memahami diri ini dengan lebih baik selepas selepas didiagnosis, saya juga menyedari terdapat banyak kelebihan menjadi seorang pediatrik yang autisme. Tanpa saya sedari, mungkin saya memilih pediatrik sebagai kerjaya kerana sifat kanak-kanak yang lebih mudah untuk menerima.
Ciri-ciri personaliti saya yang merupakan satu kekurangan dalam dunia komunikasi dewasa sebenarnya adalah suatu kelebihan bila berhadapan dengan kanak-kanak yang dalam ketakutan. Saya boleh sahaja berlawak dengan kanak-kanak untuk membuat mereka ketawa dan tidak perlu lagi bimbang tentang peperiksaan. Penghargaan yang diungkapkan oleh ibubapa anak-anak autisme membuatkan saya rasa sangat gembira dan dihargai.
Satu lagi kemahiran “Aspie” yang saya miliki adalah ketelitian yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Ada masanya, sifat ini membantu saya mengesan sebarang petanda halus, yang barangkali mudah terlepas pandang, yang akhirnya membawa kepada suatu diagnosis. Kemahiran ini jugalah merupakan penyumbang utama kepada kebanyakan tekanan yang saya alami, namun ianya seringkali bermaksud saya telah terlewat sejam atau dua daripada jadual. Semakin saya rasa terbeban akibat kekangan waktu (kelemahan yang sangat ketara bagi mereka yang mengalami ASD), maka saya akan menjadi semakin kurang efisien. Saya mengalami kegelisahan setiap hari cuba untuk mengimbangi antara tanggungjawab keluarga dengan kerja yang terpaksa dibuat di rumah kerana saya tidak dapat menyudahkannya dalam waktu kerja. Kepenatan fizikal dan rasa bersalah menjadi teman setia saya.
Saya tidak memberitahu kebanyakan ibubapa yang saya mengalami ASD. Akan tetapi, apabila saya berkongsi maklumat peribadi ini dengan ibubapa kanak-kanak yang mengalami ASD, perasaan dihargai dan diterima telah perlahan-lahan menyuntik keyakinan ke dalam diri sebagai seorang manusia dan pakar pediatrik. Saya semakin berharap agar sebahagian parut-parut emosi beransur hilang.
Perjalanan untuk mengenali diri secara peribadi dan professional adalah sesuatu, yang sehingga kini, saya rahsiakan. Akan tetapi, dengan mengambil risiko untuk mengenepikan “sempadan profesional yang normal” saya berharap agar dapat sedikit sebanyak memupuk kefaahaman yang lebih baik tentang kepayahan yang dialami oleh mereka yang berada di atas spektrum. Segala penat jerih yang dilalui dalam kerjaya yang sangat bergantung kepada kemahiran sosial ini telah membawa saya pada suatu posisi yang unik di mana saya berupaya untuk memahami pesakit-pesakit saya yang istimewa dengan cara tidak mampu dilakukan oleh pakar-pakar pediatrik yang lain. Mungkin ketika sibuk merealisasikannya, saya telah pun menemui kerjaya yang sesuai buat saya.
Rochelle Caruso Flynn, MD, FAAP, memulakan kerjaya beliau sebagai seorang pakar pediatrik dalam bidang rawatan kecemasan kanak-kanak, namun dengan galakan daripada suaminya, Rochelle mengambil keputusan untuk beralih ke bidang pediatrik am. Kemudian, pada bulan Mei 2013, beliau sekali lagi diuji apabila disahkan mengalami autisme. Beliau tidak mencari penjelasan atas segala cabaran yang menimpa, sebalik Flynn sekarang sibuk untuk menilai semula kehidupan beliau dari suatu perspektif yang baharu.
Teks asal/original text:
https://drive.google.com/file/d/1XRC9c2UO_uli0-j2OkzfToUsnENXXIiO/view?usp=sharing

Comments
Post a Comment