Posts

Showing posts from December, 2017

Ketagihan Telefon Memang Berlaku - Begitu Juga Dengan Risikonya Terhadap Kesihatan Mental

Image
Oleh Alice G Walton Pasti ramai di antara kita yang tertanya-tanya adakah kita ketagih dengan teknologi, kerana menurut Google Trends , pencarian dalam talian untuk "ketagihan telefon" terus meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini, manakala pencarian untuk "ketagihan media sosial" mengekori rapat di belakang.  Menariknya, ketagihan telefon berkait rapat dengan ketagihan media sosial, terutamanya dalam kalangan remaja, yang mungkin tidak menggunakan telefon untuk bermain catur ataupun berbual, sebaliknya sibuk melayari media sosial.  Semakin banyak kajian yang telah dibuat mendapati, kegiatan masa lapang ini boleh menyebabkan ketagihan.  Lebih membimbangkan apabila ketagihan ini dikaitkan dengan beberapa risiko kesihatan mental yang serius. Bulan lalu, Sloan Management Review oleh MIT telah menerbitkan satu uji kaji yang menarik, di mana profesor di dua buah kolej perniagaan di Itali dan Perancis telah mewajibkan pelajar-pelajar dalam kursus kendalian...

ADHD di Kalangan Kanak-Kanak

Image
Mengenal Pasti Tanda Dan Gejala Serta Bantuan Yang Ada Kanak-kanak memang biasa terlupa untuk menyiapkan kerja sekolah, mengelamun di dalam kelas, bertindak tanpa berfikir atau kelihatan gelisah bila berada di meja makan.  Namun daya tumpuan yang lemah, tindakan yang melulu dan tingkah laku yang sangat aktif juga merupakan tanda-tanda "Attention Deficit Hyperactivity Disorder" ( ADHD atau ADD ).  ADHD boleh menimbulkan pelbagai masalah di rumah dan di sekolah, serta menjejaskan keupayaan anak anda untuk belajar dan bergaul dengan orang lain. Sebagai langkah awal untuk menangani masalah ini dan mendapatkan bantuan yang si anak perlukan, anda perlu belajar untuk mengenali tanda-tanda dan gejala-gejala ADHD. Apakah Itu ADHD Atau ADD? Kita tahu yang kanak-kanak kadang kala tidak boleh duduk diam, tidak mahu mendengar kata, tidak mengikut arahan walaupun telah diberi dengan jelas, atau memberi komen yang tidak sesuai dengan tempat dan masa.  Ada kalanya, mereka ini di...

14 Tanda-Tanda "Attention Deficit Hyperactivity Disorder" (ADHD)?

Image
Semakan perubatan oleh Timothy J. Legg, PhD, CRNP pada 27 Jun 2017 - Ditulis oleh Kumpulan Editorial Healthline Apakah itu ADHD? "Attention Deficit Hyperactivity Disorder" (ADHD), atau Kecelaruan Hiperaktiviti Kurang Daya Tumpuan, adalah gangguan kesihatan mental yang rumit yang boleh mempengaruhi prestasi anak anda di sekolah serta mutu pergaulan mereka. Terdapat pelbagai tanda-tanda ADHD dan kadangkala sukar untuk dikenal pasti. Kebanyakkan gejala-gejala ADHD adalah perkara yang biasa dialami oleh semua kanak-kanak.  Oleh itu untuk mengesan ADHD pada anak anda, doktor perlu menilai menggunakan beberapa kriteria.  Diagnosis ADHD biasanya dibuat semasa usia kanak-kanak sedang meningkat remaja, dengan purata umur diagnosis adalah pada usia 7 tahun.  Terdapat juga kanak-kanak yang lebih tua yang mungkin menunjukkan gejala ADHD, akan tetapi mereka selalunya mereka telah pun memperlihatkan gejala-gejala yang lebih teruk semasa kecil. Berikut adalah 14 g...

Kisah Doktor Pediatrik Yang Autistik Dengan Kemahiran "Aspie"nya Dalam Memberi Rawatan Yang Lebih Baik

Image
Tulisan asal oleh: Rochelle Flynn, MD, FAAP Katanya autisme yang dialami membantu dia untuk memahami para pesakitnya yang istimewa dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh pakar lain. Andainya anda mempunyai anak yang autisme, sudah pasti banyak yang anda telah baca tentang kecelaruan tersebut – daripada artikel-artikel tulisan ibubapa yang membesarkan anak autisme, kepada tulisan pakar-pakar psikologi yang memberikan pandangan profesional, sehinggalah kepada perkongsian pengalaman oleh mereka yang mengalaminya.  Anda juga mungkin telah pun membawa anak anda berjumpa pakar pediatrik bagi mendapatkan nasihat tentang penyakit berkaitan kanak-kanak dan saranan yang sesuai untuk anak anda.  Di benak fikiran, anda sibuk mencantumkan semua maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber bagi mencari jalan untuk membantu anak anda mencapai potensinya yang sebenar. Apa pendapat anda, sekiranya pada pertemuan dengan pakar pediatrik kali ini dan anda mendengar pandangan y...