Posts

Showing posts from August, 2016

Mengapa Anak Kecil Mengamuk

Image
Tulisan Asal Oleh: Patty Onderko Kajian menjelaskan mengapa kanak-kanak mengamuk dan puncanya. Bersama anak kembar yang berusia 3 tahun, saya menyusuri tangga yang curam di stesen keretapi bawah tanah dan berjaya mengharungi empat kali pertukaran keretapi sebelum selamat tiba di Museum of Natural History di Manhattan.  Saya sempat mengambil gambar mereka di hadapan rangka Apotosaurus yang sangat besar itu dan bercerita tentang zaman Jurasic kepada mereka (mungkin banyak yang salah, tapi tak kisahlah tu) . “Saya seorang ibu yang hebat! Terbaiklah” image: uldissprogis.com Bagi melengkapkan hari yang istimewa itu, saya berhasrat untuk membelikan permainan yang ada dijual di kedai cenderahati untuk mereka.  Theo, anak saya itu inginkan angkasawan, jadi saya bawakan dia ke sudut angkasa dan membiarkan dia memilih antara tiga mainan yang bertemakan angkasawan (Bagus betul saya ni, beri anak peluang untuk buat pilihan) . “Bukan yang ini” , dia mula merengek...

Mengurus Anak Yang Mengamuk Daripada Usia Kecil Hingga Awal Remaja

Image
Tulisan Asal Oleh: Debbie Lincus MS LMHC Kenapa ibubapa sukar untuk mengawal anak yang sedang mengamuk? Di sebalik tingkah laku si anak yang memekakkan, menjengkelkan dan memalukan, kita sering merasakan adalah tanggungjawab kita untuk memastikan mereka berkelakuan mengikut apa yang kita tetapkan. Jika tidak, kita akan menganggap diri kita sebagai ibubapa yang lemah. Kita juga tidak suka terhadap penilaian yang kita fikir orang lain akan berikan apabila melihat anak-anak kita berkelakuan di luar kawalan. Kita buntu, tetapi yakin sesuatu mesti dilakukan – maklumlah kita ini ibubapa mereka. Image:  childrensmediaassociation.wordpress.com Hakikatnya, kita mahu mereka belajar bertenang dan berkelakuan “normal”.  Apabila mereka gagal, kerana masih belum mampu mengawal rasa kecewa di dalam diri, ada masanya boleh membuatkan kita turut sama marah, lalu menjadikan keadaan bertambah buruk.  Disaat kita merasa tidak berdaya, seringkali kita marah ataupun mengalah ...