Memahami Egosentrisme Di Kalangan Kanak-Kanak
Pada tahap kedua perkembangan, antara usia 2 ke 7 tahun, kanak-kanak mula mempamerkan tanda-tanda tingkah laku yang bersifat egosentrik. Mereka mempunyai perspektif sendiri terhadap apa yang dilihat dan beroleh pemahaman yang berbeza untuk setiap situasi yang berbeza. Namun, kanak-kanak sukar untuk memahami adanya perbezaan pendapat antara individu. Jika seorang kanak-kanak itu meyakini sesuatu, lalu dia menganggap orang lain juga harus mempunyai keyakinan yang sama, maka pemikiran seperti ini dipanggil egosentrik. Apakah Itu Egosentrisme? Egosentrisme wujud apabila seseorang itu hanya memikirkan tentang dirinya dan mengutamakan kehendak, keinginan dan pandangannya sahaja. Tingkah laku ini yang selalunya ada pada kanak-kanak juga dapat dilihat dalam diri orang dewasa. Kanak-kanak egosentrik cenderung untuk mementingkan diri dan hanya memenuhi keperluannya sahaja. Tingkah laku egosentrik pada kanak-kanak mula kelihatan sekitar umur 2 ke 7 tahun,...