Posts

Showing posts from September, 2016

Bila Si Kecil Mencari Perhatian: Yang Boleh & Tidak Boleh Ibubapa Buat

Image
Tulisan asal oleh: Dr. Joan Simeo Munson Biarpun dia baharu berumur 3 tahun, Malory sudah mahir untuk mendapatkan perhatian ibubapanya.  Apabila dia inginkan aiskrim sebelum waktu makan malam tiba, dia akan berpaut sambil merengek pada kaki ayahnya yang sedang memasak.  Dia tidak akan berhenti sehinggalah ayahnya mengalah; sudah pasti si ayah tadi akan berbuat apa sahaja asalkan Malory berhenti.  Apabila dia enggan masuk tidur, dia akan berlari di dalam rumah sambil dikejar ibubapanya sehinggalah mereka kepenatan lalu membiarkan dia berjaga untuk satu jam yang berikutnya.  Juga, apabila Malory ingin menonton video, walaupun setelah banyak kali ditegah, dia akan menjerit sehingga dia dapat apa yang diinginkan.  Mengapa anak-anak kecil selalu mencari perhatian dengan cara yang menjengkelkan?  Mengapa pula, kita sebagai ibubapa seringkali mengalah? image: www.behaviourwall.com Mula-mula sekali, kita perlu sedar bahawa tingkah laku untuk mencar...